Thursday, July 25, 2013

Kulintangan

http://www.mysabah.com/images/2006/20060805.jpg
Pengenalan 
Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran
 kecil.

 Diperbuat dari:
 Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
 Cara bermain
 Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai “mitagunggu”.
Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu   ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble. Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.

Bungkau

http://www.flyingdusun.com/images_004features/043007.gif
Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang  hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan  alat bungkau yang baik. Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi  dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

Turali

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg44mfotsrRNNwYt3jUEEVxOd9O6du_JsrQMWVkzOY5o4vGWu_MW0zzjDaMbko8fJXCvyC9tEEK4KIdj4D8czPsi9dGzJmyYE9wXfCv08tjJ0tJ-oC1XLN1cWuasOO_T2FoByT60MCyuTg/s400/Turali.jpg
Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’. Alat ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah.

Tongkungon


Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar.

sapeh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfVO8RwAQHpLwPL7p_8UyeRslOaK-1aWBJoRQ9izz0WGKBosATwkxAGuL7ZT21myNeVNoe3N8TVEiAZbtj2EymaebQFrn9BJkhMmsix60IkQx3w7G4MUElt8CoOosiSdXXwSuhkHyLHfE/s400/alat+muzik+sape.JPG
The sapeh (sampet, sampeh, sape) is a traditional lute of many of the Orang Ulu or "upriver people", who live in the longhouses that line the rivers of Central Borneo. Sapes are carved from a single bole of wood, with many modern instruments reaching over a metre in length.
Initially the sape was a fairly limited instrument with two strings and only three frets. Its use was restricted to a form of ritualistic music to induce trance. In the last century, the sape gradually became a social instrument to accompany dances or as a form of entertainment. Today, three, four or five-string instruments are used, with a range of more than three octaves.


Pagang(tube zihter)


The Kelabit also play the pagang (tube zither), which is made from a length of bamboo tube closed at both ends by its natural bamboo nodes. The strings are finely cut strips from the surface of the bamboo tube itself, which are still attached to the tube at either end.

BERMUKUM MEMBRANOFON


Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya daripada batang kelapa ataupun sago.
Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan disirat dengan tali rotan . Gendang  ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘bermukum’ di kalangan masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan ‘dondang sayang’ dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan ‘bermukum’ ketua kumpulan ‘gendang wanita’  akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan teruna melalui jual pantun sambil berjoget.
 Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan orang islam.
Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai oleh masayarakat melayu.

ENGKERURAI /EROFON

http://www.maltwood.uvic.ca/society/images/U994.4.53A-B.jpgEngkerurai merupakan sejenis alat muzik yang tidak asing lagi bagi masyarakat Iban di Sarawak. Bunyinya yang unik serta penghasilannya daripada sumber yang mudah diperoleh menjadikannya sangat digemari. Alat muzik yang tergolong dalam kumpulan aerofon ini lazimnya dimainkan secara perseorangan di majlis-majlis keramaian mahupun pada bila-bila masa mengikut kehendak si pemain.Penghasilan sebuah engkerurai hanya memerlukan sebiji buah labu dan tujuh batang buluh yang berlainan bentuk dan saiz. Buah labu yang lebih dikenali sebagai tangkong atau Labu Engkerurai oleh masyarakat Iban, biasanya ditanam di kawasan huma. Untuk memastikan engkerurai yang dihasilkan berkualiti, labu yang akan digunakan perlu bebas daripada serangan serangga perosak dan berkeadaan baik. Manakala buluh yang digunakan pula, biasanya buluh dari jenis temiang. Buluh dari jenis temiang ini dikatakan mampu menghasilkan bunyi yang nyaring dan merdu apabila ditiup.
Pada peringkat pertama penghasilan Engkerurai, buah labu yang telah masak akan dipetik dan dijemur sehingga betul-betul kering. Sebelum labu tersebut dijemur, akarnya perlu dipotong dan isinya perlu dikeluarkan. Setelah labu-labu ini kering, bahagian atas labu akan dipotong untuk membolehkan tujuh batang buluh yang telah dipotong pelbagai saiz dimasukkan ke dalamnya. Bahagian hujung labu juga perlu dipotong untuk tujuan peniupan.

Beduk

Beduk ialah sejenis gendang yang panjang. Arannya diperbuat daripada batang kayu yang dibuang isi tengahnya. Pada hujungnya dipasang kulit kerbau atau kulit lembu.Ia juga digunakan  dibunyikan untuk pemberitahuan mengenai waktu salat atau sembahyang. Bila ditabuh, beduk menimbulkan suara berat, bernada khas, rendah, tetapi dapat terdengar sampai jarak yang cukup jauh.

ENGKROMONG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXAgie7hc4hmtgXOXuN-H2TKKD-PB1SxJDFOof0iITDOXKzfB-8Of4sWTSOtPZb9nhG0Bdv0ils82O15NlljFuZuhZn0wZCZPFXpoh66ws1ikHvoZorQJ1hKDt934tYuEtn3ask_Zjugtn/s320/ENGKROMONG+.jpg
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.
Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.

Tawak




http://borneoartifact.com/images/GC0189d.JPG

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.