Merupakan sejenis
gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk seperti pasu
dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya daripada
batang kelapa ataupun sago.
Pada
permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan
disirat dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh
sekumpulan wanita yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk
mengiringi sejenis persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai
‘bermukum’ di kalangan masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir
serupa dengan ‘dondang sayang’ dari segi gaya dan bentuk
persembahannya. Dalam persembahan ‘bermukum’ ketua kumpulan ‘gendang
wanita’ akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai gendang wanita
dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang
ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan
teruna melalui jual pantun sambil berjoget.
Selain
daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai
benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk
keupacaraan orang islam.
Manakala
di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka
dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter.
Pada permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang
kambing. Kaum kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia,
dikalangan kaum bidayuh di Sarawak terdapat gendang satu muka yang
dikenali sebagai dombak dan diguna pakai oleh masayarakat melayu.
No comments:
Post a Comment